Konvensyen Geneva Hors de combat

Artikel 3 dari Konvensyen Geneva 1949 yang meliputi pertelingkahan yang bukan berbentuk pertelingkahan antarabangsa menyatakan bahawa “orang-orang yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pertelingkahan, termasuk anggota angkatan bersenjata yang telah meletakkan senjata, dan mereka yang sudah hors de combat disebabkan oleh penyakit, kecederaan, ditahan ataupun atas apa-apa sebab yang lain akan dilayan dengan penuh perikemanusiaan. Untuk mereka yang sudah hors de combat, artikel ini melarang apa-apa keganasan kepada nyawa ataupun badan, khususnya pembunuhan, mencacatkan (mencarikan), layan yang kejam dan juga penyeksaan”

Konvensyen Geneva 1949 menyenaraikan pembunuhan askar yang cedera sebagai perlanggaran serius konvensyen. Artikel 41 dalam Protokol Tambahan Pertama 1977 menyatakan bahawa sesiapa yang “tdiak sedarkan diri ataupun sudah tidak berupaya berperang kerana cedera ataupun sakit dan dengan itu tidak dapat mempertahankan diri sudah hors de combat dan tidak boleh diserang.